Tips elak eksiden, daripada aku (merapu)

11:04 PM Nick 2 Comments

Sebelum tu, ni lah sorang big brother aku yang paling rapat skali. Baru ja xsiden tadi. Storynya langgar batu bata and tak dapat nak ngelak kat Jalan Bandaran HICOM, Shah Alam.. Maklumla peak hour n kiri kanan kreta..
Tengok muka "INNOCENT" dya tu... haha
Terkejut aku bila dapat tau big bro aku ni xcident time nak g kerja td. Heranla mesej tak berbalas, qupernyer..
Cek harap cik abang cepat sembuh no.. Jaga diri..
Dapat MC dua hari rehat elok2 na..
Jangan dok melompat-lompat tinggi sangat na...



Teruskan dengan topik kat atas: (moto ajer)
Camna nak ngelak eksiden ya makcik2, pakcik2...

1. Angin tayar mau power..
Selama ni dok asyik pam tayar kat kedai moto, tau ka hampa sukatan tekanan tayar klu nak isi kat pam angin stesen minyak lak? 32/34psi untuk tayar depan & 34/36psi untuk tayar blakang (tubeless). Klu kompius gak, pancitkan tayar motor ampa tu n pam ikut sukatan tayar pancit.. Easy bro!
recommend : guna tayar Swallow (abg tanjung), Durex Duro Racing, Michelin, Dunlop (disyorkan kedai moto).


2. Pakai visor tahan debu/angin ja
Ni tak, pakai visor macam nak p samun bank (aku dikecualikan). Pakai yang biasa-biasa dah la. Awek nak qenyih kat ampa balik pon senang. Klu dah gelap, yang mana kubur yang mana jalan pon tataw..

3. Nak menyelit mau pandai
Bab menyelit ni aku suka, that's y banyak keta dah aku langgar sampai kemik n pecah tayar qeta orang. Sorry yer! Anda tak bagi laluan kat saya. Nak selit tu kenala pandai ukur jarak masa nak lepas lu. Ni tak, nak potong treler pon guna GEAR 4! Tak kisahla kalu MOTO hampa tu dok CARUT kat ampa sepanjang perjalanan tu.

4. Gunala laluan betul..
Untuk moto, SARJAN MISAI dok berletiaq kat aku soh bawak sebelah KIRI binatang kaki 4 plus2. Klu sebarang kemalangan yang blaku sebelah kanan kereta, kita akan dipersalahkan. RM300 ooo kompaun.. Klu belanja makan pon da cukup utk sebulan..

5. Brek mau jaga!!
Mostly eksiden sebab brek. Brek kena kasi makan minum cukup2. Ni aku nampak brek disk sampai berkarat. Dok brek guna kaki ka apa? Biaqla, expert kot sbb ada kasut baru. Time hujan moto yang kerap gelincir, 125z or moto2 yang ada break disk blakang. U know, breakdisk blakang mmg tak berguna time hujan okeyh sbb cengkaman kuat sangat. Pernah gak aku DRIFT nek moto member aku ni. Fuiyoh! Dahsyat! Hampir2 kena heart attack..
recommend : klu nak blek kecemasan, brek dengan beransur-ansur, jgn terus cengkam. Try it!

6. Biar jelas di hati pandangan pemandu lain
Make u visible wokeyh. Pakai baju cantik-cantik yang cerah skit wokeyh. Dahla gelap, pakai baju qelap tambah lagi pulak lampu plak xda.. Seksa aku, nak kena upgrade visor helmet aku guna INFRARED (macam DOTA) macam ni.

7. Laju dan jarak moto mau jaga..
Klu bawak lebih 140km/j jarak ngan qeja depan maw dalam 10-20meter la. Sebabnya, dalam ukur laju 10meter tu, ssh skit la nk ngucap sampai abes.. Klu 20meter tu sempatla jugak ngucap. Klu rasa bawak laju tu, bagila signal awai2 kalu nak belok.

7 langkah ja aku kasi kat ampa. Sebab trial version punya. Nak lebih, ampa bayaq noh..

pesanan khidmat masyarakat oleh Che Ruzaini

2 comments:

Empat Jenis Teori Masyarakat

7:45 AM Nick 0 Comments

TEORI-TEORI KOMUNIKASI
Jenis-jenis Teori Komunikasi
Littlejohn (1966:21) mengatakan, berdasarkan kaedah penjelasan serta cakupan objek pengamatan, secara umum teori-teori komunikasi dapat dibahagi dalam dua kelompok. Kelompok pertama disebut kelompok ‘teori-teori umum’, kelompok kedua adalah kelompok teori-teori kontekstual.
Ada empat jenis teori dalam kelompok teori-teori umum, namun digunakan secara efektif dalam kancah-kancah komunikasi, iaitu :
1. teori-teori fungsionalisme dan struktural,
2. teori-teori behavioralisme dan cognitive,
3. teori-teori konvensial dan interaksional,
4. teori-teori kritis dan interpretatif.


Sementara itu, kelompok teori-teori kontekstual terdiri dari teori-teori tentang :
1. komunikasi interpersonal,
2. komunikasi berkumpulan,
3. komunikasi organisasi,
4. komunikasi massa.
 
a. Teori-teori Umum
1. Teori-teori fungsional dan struktural
Ciri dan jenis teori dibangun berdasarkan dasar teori, iaitu:
(1) masyarakat adalah organisme kehidupan;
(2) masyarakat memiliki sub-subsistem;
(3) masing-masing subsistem memiliki fungsi yang berbeza;
(4) fungsi-fungsi subsistem saling memberi kontribusi kepada subsistem lainnya;
(5) setiap fungsi akan terstruktur dalam masyarakat berdasarkan fungsi masing-masing. Meskipun pendekatan fungsional dan structural ini sering kali dikombinasikan, namun masing-masing mempunyai titik penekanan yang berbeza. Pendekatan strukturalisme yang berasal dari linguistik, menekankan pengkajiannya pada hal-hal yang menyangkut pengorganisasian bahasa dan sistem sosial. Pendekatan fungsionalisme yang berasal dari biologi, menekankan pengkajiannya tentang cara-cara pengorganisasian dan mempertahankan sistem. Apabila dikaji, kedua pendekatan ini sama-sama mempunyai penekanan yang sama khusunya tentang sistem sebagai struktur yang berfungsi.
2. Teori-teori behavioral dan cognitive
Teori-teori behavioral dan cognitive juga merupakan gabungan dari dua tradisi yang berbeza. Perbezaan utama antara aliran behaviorisme dan kognitif dengan aliran fungsional dan struktural hanya terletak pada fokus pengamatan serta sejarahnya. Teori-teori behavioral dan fungsional yang berkembang dari sosiologi dan ilmu-ilmu sosial lainnya cenderung memfokuskan pengajiannya pada hal-hal yang menyangkut struktur sosial dan budaya. Sementara teori teori behavioral dan kognitif yang berkembang dari psikologi dan ilmu-ilmu pengetahuan behavioralis lainnya, cenderung memfokuskan pengamatannya pada diri manusia secara individual.
3. Teori-teori konvensial dan interaksional
Teori-teori ini berpandangan bahwa kehidupan sosial merupakan suatu proses interaksi yang membangun, memelihara serta mengubah kebiasaan-kebiasaan tertentu, termasuk dalam hal ini bahasa dan simbol-simbol. Komunikasi, menurut teori ini, dianggap sebagai alat penghubung masyarakat. Kelompok teori ini berkembang dari aliran pendekatan ‘intereaksionisme simbolik’ sosiologi dan filsafat bahasa ordinar. Menurut teori konvensial dan interaksional, makna pada dasarnya merupakan kebiasaan-kebiasaan yang diperoleh dari interaksi. Oleh demikian itu, makna dapat berubah dari masa ke semasa dari konteks ke konteks, serta dari satu kelompok sosial ke kelompok lainnya.
4. Teori-teori kritis dan interpretatif
Kelompok teori ini terdiri gagasan-gagasannya banyak berasal dari berbagai tradisi, seperti sosiologi interpretatif. Meskipun ada beberapa perbedaan diantara teori-teori yang termasuk dalam kelompok ini, namun terdapat dua karatistik umum. Pertama, penekanan terhadap peran subjektivitas yang didasarkan pada pengalaman individual. Kedua, makna atau meaning merupakan konsep kunci dalam teori-teori ini. Pengalaman dipandang sebagai meaning centered atau dasar pemahaman makna. Pendekatan teori interpretatif cenderung menghindarkan sifat-sifat preskriptif dan keputusan-keputusan absolut tentang fenomena yang diamati.


b. Teori-teori Konstekstual
1. Intra-personal communication adalah proses komunikasi yang terjadi dalam diri seseorang. Teori komunikasi intra-pribadi umumnya membahas mengenai proses pemahaman, ingatan, dan interpretasi terhadap simbol-simbol yang ditangkap melalui panca-indra.
2. Interpersonal communication adalah komunikasi antar perorangan dan bersifat pribadi, baik yang terjadi secara langsung ataupun tidak langsung. Teori antarpribadi umumnya memfokuskan pengamatannya pada bentuk-bentuk dan sifat hubungan, percakapan, interaksi, dan karateristik komunikator.
3. Group communication adalah komunikasi yang dilakukan oleh kelompok dan teori ini memfokuskan pembahasannya pada interaksi diantara orang-orang dalam kelompok-kelompok kecil.
4. Organizational communication adalah komunikasi organisasi dan menunjuk kepada pola dan bentuk komunikasi yang terjadi dalam konteks dan jaringan organisasi. Komunikasi organisasi melibatkan bentuk-bentuk komunikasi formal dan informal, serta komunikasi antarpribadi dan komunikasi kelompok.
5. Mass communication atau sering disebut komunikasi massa adalah komunikasi melalui media massa yang ditujukan kepada sejumlah khalayak yang besar. Teori ini memfokuskan perhatiannya pada hal-hal yang menyangkut struktur media, hubungan media dengan masyarakat, hubungan media dan masyarakat, aspek-aspek budaya dari komunikasi massa, serta impak atau hasil komunikasi massa terhadap individu.

0 comments:

Exclusive to Surizal

9:01 PM Nick 4 Comments







Remarks : Ni hasil gambar yang diambil petang tadi.. Editing agak hampeh skit cuz lappy ada masalah skit..
Sorry der.. ^^,

4 comments:

Talent : Surizal Jan

10:41 AM Nick 0 Comments



Note to Surizal:
Ni gambar yang aku rasakan elok kat kau. Yang lain punya tak jelas sangat


Gambar post lain :
Jefferson
Surizal Exclusive
Mr Sunway

0 comments:

135LC BARU

5:36 AM Nick 2 Comments

Woah! bagi aku la kan, LC terbaru ni cantik skit bahagian depan especially headlight flashy dia uh!! Bagi aku la..
Peminat LC yang len mesti ada yang tak pueh ati ngan LC baru ni.. LC terbaru ni da ta bleh modified sesuka aty..
Sok gaji, aku nak p modified ke model terbaru... cantek banget bahagian depan dia.. Ada DiASil silinder baik untuk "PJJ" cuz agak tahan panas dahtu kononnya agak jimat minyak..
Macam biasa, ada Monocross Suspension (MS lc lama cepat lembik kalu kerap sangat bawak awek) n Forged Piston yang peranan dia kasi deruman enjin yang slow skit n tak gegaq kuat sangat.. (aku bukannya mat moto sangat)..
Nak komen pon ta bleh lagi cuz ta tengok depan mata.. Neh aku nak preview kat ampa sumer lu... Aku xpect tinggi untuk moto ni..

Klik gambar kalu nak zoom lagi:


tak sabar nak modified baru!!

p/s: moto ja ak minat wat masa ni
keta tunggu da kaya raya nanti n tak payah nak berlagak pakai skang

2 comments:

Fulus! Modal! Money! Mani? Duit!

10:49 AM Nick 0 Comments

Huh! Desperately sangat ni nak cari doit, tungging terbalik aku kerja. Elaun bulanan study pon nak abes 2bulan lagi neh.. Keja partime skang ni pon da tak bleh sapu RM1.2k sebulan.. Kalu amik upah fotography pon ttp ta buleh cecah 2k income bulanan aku.. Outcome ja byk.. Hurmmm.. Na harap doit advertising blog aku, heh! Bila nk menetaih pon tatao.. Doit simpanan utk nikah n kahwin pon ta prepare lagi.. -.-"
Skang ni dalam bank ntah tinggal brapa hinggit ja lg.. Time ni la nak ssh2 pon.. Ta bleh jd neh, nk kena all out neh..


Cakap pasal Advertising ni an, spa yang tatao kita ni dibayar bagi stiap ads yang diklik terutama dalam blog kita ..? Sila jgn angkat tangan.. Plis.. Okie bagus, semua taw.. (malas nak explain lebeyh)

Macam ni adik2,
Advertising agencies* macam Nuffnang or Mangaad ni ada sediakan perkhidmatan ads utk blog n website.. Kita cuma masukkanla iklan tu dalam blog kita.. Then bila visitors klik, dapatla komisyen skit, RM0.25 sen.. Dengan syarat unik visitor la, tak bleh visitor yang sama.. Tak caya jugak heh? Tengok aku punya ads statement..
Paham kan? Memangla! Korang tak angkat tangan td spa suruh.. Kan da menyesal..
So jangan maqah cek na kalu iklan bersepah dalam ni, cuz ads ni la komisyen cek wat blog ni.. Apa lagi, penuhilah blog n site ampa smua dengan ads-ads yang berfaedah..
    Lagi satu an, spa nak blajaq blogging mai la nuntut kat cek na.. (macam mak ayam plak sound)..



P/S: Sok punya entry nak blog sal DSLR setting lak.. ISO / APERTURE

Puff!

0 comments:

Solo ride to KL & Sri Kembangan

3:53 PM Nick 0 Comments

Ku jejak.... lalalala... malas nyanyi

Jauhkan aku mengembara? Semata-mata nak p amik laptop kat abang aku ja...
^^,

0 comments:

Adjust color brightness using levels toning

2:00 PM Nick 0 Comments

Tak da idea nak WRITE. In the end kalu ta faham, komen..
Dalam post kali ni CHE nak tunjuk image BEFORE n AFTER edit guna Levels Adjustment (Adobe Photoshop)..





Cantik tak cantik, blakang kira yer..
Yang CHE nk tunjuk, perbezaan yer murid-murid.









Klik gambar untuk zoom inhttp://www.emocutez.com







credit to talent yang terlibat ^^,

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (34) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (7) trip (6) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (11) wishes (2)