Photography Contest

4:46 AM Nick 2 Comments

TAK seronok BERBLOGGING ni tanpa ada something yang menyeronokkan. Kali ni che nak memperkenalkan PHOTOblog CONTEST kepada rakan-rakan facebook, followers n LIKERS memandangkan ada REZEKI yang lebih. CONTEST ni berkaitan dengan FOLLOWER, LIKERS & PHOTOGRAPHER untuk MENANG. Terbuka kepada SEMUA. Hadiahnya bukanlah berupa tunai & gadget. Tetapi hadiah CASH VOUCHER nandos bernilai RM40+(RM20**)
**bagi follower blog sahaja


blog follower yang menang ada hadiah tambahan*
cuma satu kategori/seorang pemenang
syarat mendapat lebih 100 LIKE

TIADA SEBARANG YURAN DIKENAKAN
CUMA PERLU UPLOAD GAMBAR DALAM PAGE NARCISSUS PHOTOGRAPHY & DAPATKAN LIKE SEBANYAK MUNGKIN
Cuba SERTAI, MUNGKIN ANDA BERPELUANG UNTUK MENANG

CONTEST INI BERKAITAN
dengan
KEMAHIRAN FOTOGRAFI



THEME: 
blurring movement/low shutter speed/neon
(no bulb/no still image)


CONTEST PERIOD:
1st May 2011~30th May 2011

CAMERA TYPE:
DigitalSingleLensReflect

LANSCAPE TIME:
night or early morning

SHUTTER SPEED:
5"~10"(seconds)



pemenang akan diumumkan dalam BLOG & photography PAGE (FB)


Remarks :  Do not edit. Use original. Most LIKE win. Night photo only.

Tips : Gunakan tripod, shutter rendah, aperture tinggi, ISO 100, not expose to light

EXAMPLE
Gambar malam la. Bukan siang.
contoh seperti gambar di atas
(gunakan watermark)


Psst!! Apa yang bleh dibuat ngan voucher tuh? Ni ha.. Leyh REDEEM makanan kat NANDOS seperti:
Espetada with 2 sidelines

OR
Nandos Peri-Teaser : Peh-tish-koo

So, apa lagi? Join jer. Tak rugi.




Networks:
Narcissus Photography
http://nickpenang.blogspot.com
Inquiries : +6016-5955463

2 comments:

Kempen Mari Tangkap Tikus

12:21 AM Nick 0 Comments

Kempen Mari Tangkap Tikus.
100 Ekor = RM240.http://www.emocutez.com


Aku terpikir nak pos entry ni sebab aku tertarik ngan artikel ni..
Dapat tau pon time aku pi Kursus Kendalian Makanan tadi kat AutoCity..

Syok kot wat bisnes tikus nihttp://www.emocutez.com..
Time kursus tadi diorang cakap ada 3 jenis tikus yg common kita jumpa..
Tikus yang aku maksudkan tak termasuk tikus belanda n tikus komputerla..

Nak mention kan pon aku tak hingat..http://www.emocutez.com
Yang aku ingat tikus yang

(1)dok bawak virus(kencing tikus)

(2)tikuih turi kot yang ska gigit wayar letrik, komputer blablabla...
~~~yang sronoknya kalu tikus ni kena kejutan elektrik, dia xmati. Cuma pengsan sat 3~5 minit then kembali riang spt biasa...http://www.emocutez.com

(3)then yang ni aku tau sebut. Tikus mondok..
~~~kiranya tikus ni la yang paling otai kat negara kita sebab tikus mondok adalah MAMALIA yang berjaya hidup selepas MANUSIA.. Populasinya adalah 2:1 manusia.. Kottt... Sebabnya semua kucing takut ngan bau tikus ni, so tak hairanla ada adegan kejar-mengejar antara tikus ngan kucing..
~~~bukan TOM kejar JERRY, tapi JERRY kejar TOM..http://www.emocutez.com

Daripada isu tikuih ni, aku FLASHBACK balik ISU BISNES TIKUS di AMPANG..

AMPANG JAYA: Penduduk empat kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) boleh memperoleh wang mudah hingga RM240 jika berjaya menangkap 100 ekor tikus dalam kempen yang diadakan selama sebulan bermula Khamis ini.

Tawaran itu dibuat Pasukan Penyelamat Persekitaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee Ying Ha dan MPAJ yang turut menawarkan RM1 bagi setiap seekor tikus yang berjaya ditangkap penduduk Pandan Perdana, Cheras Indah, Maju Jaya dan Taman Kencana.

Jenice berkata, kempen seumpama ini pernah dilakukan MPAJ sebelum ini, namun gagal mencapai matlamat sebenar kempen berkenaan.

“Sebelum ini, MPAJ meminta orang ramai membawa tikus yang ditangkap kepada pihaknya dan peraturan ini menyusahkan orang ramai menyebabkan kempen itu gagal.

“Kini, orang ramai tidak perlu bersusah-payah untuk ke MPAJ kerana mereka boleh menyerahkan tikus yang ditangkap kepada sukarelawan kami di Jalan Perdana Utama iaitu di kawasan lapang di tepi Tenaga Nasional dan berhadapan kedai perabot,” katanya pada sidang media, semalam.



Menurutnya, orang ramai boleh menyerahkan tikus berkenaan pada setiap hari sepanjang kempen itu kecuali Ahad bermula jam 9 hingga 10.30 pagi.

“Penganjur turut menghantar sukarelawan ke taman perumahan terbabit untuk mengutip tikus, khas bagi suri rumah yang tidak mempunyai masa ke tempat kutipan berkenaan,” katanya.

Jenice berkata, MPAJ akan menukar satu sangkar yang bersih kepada orang awam yang membawa sangkar sendiri ke tempat kutipan.

“Kami menggalakkan penyertaan secara berkumpulan dan akan membuat catatan bilangan tikus yang diterima untuk membolehkan orang ramai mendapat ganjaran lebih lumayan berpandukan jumlah kiraan penyerahan tikus secara terkumpul selain menerima RM1 bagi seekor tikus.

“Orang ramai boleh mendapat sehingga RM240 berserta cenderamata sekiranya dapat mengumpul 100 ekor tikus pada akhir kempen ini,” katanya.

Menurutnya, kempen ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak supaya bekerjasama menjaga kebersihan Ampang Jaya.

“Saya berharap sasaran kutipan tikus sebanyak 1,000 ekor sepanjang sebulan kempen ini berlangsung akan tercapai dan menjadikan Ampang Jaya kawasan yang bersih apabila kempen ini berakhir,” katanya.
"KEMPEN DA BERAKHIR"

0 comments:

Penyelarasan Cuti Semester IPTA

8:39 PM Nick 0 Comments

Sumber ni aku amik dari berita harian. Wah, bercuti sakan budak-budak IPTA ni. Klu kerja, sempat dapat 3bulan slip gaji dah..(pos ni da lama)


PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini.



Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa.
Katanya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar IPTA perlu didedahkan dalam senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar.

"Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar.

"Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata penyelarasan ini juga membolehkan pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa.
Justeru, katanya, penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan.

Di bawah kalendar baru, katanya pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011.

"Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos," katanya.

Bagi pelajar lama katanya pihak kementerian memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar terbabit wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011.

Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 Sept, 2013 dan pelajar lama pada 9 September.
Mohamed Khaled berkata, penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka.

"Penyelarasan ini sekali gus memudahkan proses pemilihan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian," katanya.

Penyelarasan kalendar akademik ini terletak di bawa Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau "Fasa Pengukuhan" yang bermula pada 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015. - BERNAMA




0 comments:

Happy Birthday to Aida

11:19 PM Nick 0 Comments

Huhu... Ni entry da lama. 9 April punya... Byk sgt gambar yang masuk, nak upload ssh..
Hahaha... Ni story sal penglibatan tak langsung dalam birthday party member kawan aku..
Hari Lahir Aida yang ke 21.. Happy belated birthday..
Semua gambar yang diupload ni lebih kurang da bertapis la..

 wokeyh, ni pix member aku yang rasakan paling cun abes aih!

 yeah!! ramai-ramai kita bergembira!! no alcohol n drugs!!
 ..ni gambar gal yang aku rasakan paling vogue malam uh..
hehehe.. bukan nak pamer gambar under age, tapi nilai gambar.. open minded
 ni bufday gal yang kena tolak maybe sampai terjatuh kolam kat mansion ni.. sian.. hu3..

 dah alang-alang kena tolak, so kena cari sharepartner jugakla nak kena tarik... ^^,


total gambar dalam 400 gak r..
so kepada teman yang nak gambar neh, pas la THUMB Drive korang..

sayang korang semua

0 comments:

Mr Sunway Model Competition

9:42 PM Nick 0 Comments

Tahniah wat Surizal yang terpilih untuk ke saringan seterusnya bagi pencarian model Mr Sunway untuk tahun 2011.. Lambat skit uploadnya memandangkan Wifi yg agak SLOW.. Next competition next week, so harap kamu berjaya ke peringkat akhir.. 

Klu nak UNDI dia, masuk link OFFICIAL Sunway Carnival dlu..
Gambar yang nombor dua..

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150154367531029&set=a.10150154356176029.289267.121257301028







Winner:
Cash Prize RM1000 + 1 year Modeling Contract by Runway Productions + Korean Beauty Square Products + Opulence RM 250 Cash Voucher + The Under Shop Products

1st Runner Up:
Cash Prize RM800 + Korean Beauty Square Products + Opulence RM150 Cash Voucher + The Under Shop Products

2nd Runner Up
Cash Prize RM400 + Korean Beauty Square Products + Opulence RM100 Cash Voucher + The Under Shop Products

Subsidiary Titles:
KBS Ambassador 2010: 1 year Ambassador Contract by Korean Beauty Square + Korean Beauty Square Products
The Best Talent: Cash Prize RM100 + The Under Shop Cash Voucher
THe Most Photogenic: Cash Prize RM100 + The Under Shop Cash Voucher
The Best Runway: Cash Prize RM100 + The Under Shop Cash Voucher




foto selebihnya malas nak upload.. malas jugak nak edit... taruk watermark sodah..

0 comments:

2D 3D pertama di Malaysia*

8:01 PM Nick 2 Comments

Berkesan bagi monitor LCD..
If you cannot see this 3D image, kindly check your LCD setting and stop blogging 24/7 which can cause blindness.. Hahaha (just joking)

Tengah dok bizi edit gambar, tetiba ternampak kesan 3D gambar ni, mungkin sebab EDIT guna Adobe Photoshop CS5.. HDR toning.. Gambar ta cantik, tapi efek cantik..
Ulalala...^^,

Mood : POYOing..

2 comments:

Modelling with 25 photographers

4:55 PM Nick 8 Comments

Ni even pertama fotografi pertama yang aku join selama bergelar fotografer nih.. Actually aku nih bukan fulltimer fotografer, cumanya sekadar hobi yang buatkan aku puas hati..
Event ni dibuat semalam d Fort Cornwallis, Padang Kota.
Ramai fotografer yang datang di serata Pulau Pinang dan Kedah yang terdiri daripada Enthusiast, Mid Range and Professional.. Dalam program ni, kami bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan tunjuk ajar daripada fotografer berpengalaman.. Trima kasih berbanyak-banyak..
Yang bestnyer, mostly photografer pengguna Canon DSLR.. ^^,
Apa yang aku blajar?
-kit lense (15-55) memang canon memang bagus, mahirkan teknik, jangan jual
-prime 50mm lens ada keupayaan potret yang mengkagumkan dengan setting tersendiri
-hubungan model dengan fotografer
-gunakan aksesori dari Canon sahaja even murah, walaupon jenama lain tawarkan harga yang berpatutan. Kualiti tidak akan sama dengan aksesori keluaran Canon
-teruskan kesetiaan pada Canon
..........blablabla.......... byak lagi r..........

Klu nak besarkan gambar, KLIK ha gambar dan besarkan window..





8 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (34) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (7) trip (6) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (11) wishes (2)