Persandingan Zul & Siti

11:39 PM Nick 0 Comments

Aktiviti utk hari ni, yang ni la... G tangkap gambar kawin ngan kak aku..



 






Selamat Pengantin Baru
kepada Zul & Siti

0 comments:

Awek nak KERETA pulak...

8:05 PM Nick 0 Comments

Pada suatu hari, di bawah sebuah flyover Penang Bridge yang anginya sepoi-sepoi bahasa meniup kesejukan hujan yang menusuk tulang temulang sebuah pasangan yang syok berdating sampai basah lencun. (hahahahaha**gelak jahat)


-tough la B ni yank tengok dengan keadaan lencun macam ni. dengan pakai baju ni plak.
okie, yank boleh terus terang ja. apa yank cuba sampaikan?
-B bila B nak bli keta? Dapat kita berjalan jauh jauh skit nanty.
takpa, kamu bli dlu.. nnty B bli.. napa? tak seronok ker naik mot0? ala, minyak mahal la sayang. Ngalahkan perfume Glirtz I beli kat u tu(ngungkit).
-bukan ta seronok.. tapi spoil la kalu hujan hari-hari mcam ni.. nak kena cari tempat berteduh. Amboi B, tu pon nak berkira?
demand la kamu ni. tunggu kita nikah dlu. lagi pon malas ah nak amik lesen keta. tak da masa xda doit.
-macam-macam alasan la B ni. kedekut! gtaw jer. (dengan mengerutkan dahi sampil memuncungkan mulut macam tenuk)
ish gaduh sangtla nak suh B beli kereta. nanti B bli la. untuk perkahwinan kita nanty.
-bila agaknya abang nak datang meminang? asyik berkepit ngan kawan-kawan ja. macam gay.
ish yang ni! kesitu pulak. nanti B belikan la
-JANJI?
yer....janjiiii... -.-"
-(dengan gediknya)B nak bli keta apa? Kereta sorong atau kereta kontrol?
kereta kontrol kot. sebab nanti yank tak payah nak kontrol B teruk-teruk sangat
-Elok-elok la B ni!
Sorry-sorry.. Mlawak ja. ^^,
-tumbokk maw. then? abg nak bli kereta apa?
depend pada kerjaya la..
klu tak dapat Honda stream, b bli vios jer la..alza ker? okie?
-napa tak myvi jer?
Suka aty B la nak bli kreta pa pon, I nak kamu beranak ramai-ramai.. kasi penuh kereta..
-laser gak B sorang ni. Then mampu ker B ni nak bagi nafkah BATIN ni kerap-kerap?
Jangan cabar. Tengok badan la. Heheheheheh
-Okie
Tapi kan....
-tapi apa pulak abngku sayang?
B nak beli Yamaha R1 la.. Teringin dari kecik lagi..
-Abes, yank nak kena tonggek kat belakangla?
Agakla. Macam tak biasa... Okie?
-Huh! Majukla macamni!




psssssst: story ni adalah rekaan. sronok karang time bohsan..

0 comments:

Yamaha Lagenda 125z

11:14 AM Nick 0 Comments

Gimik jer nih.. Ni lah rupa moto yang Che cuba design senirik n hantarkan kat HONGLEONG Yamaha Motor..
I name it Yamaha Lagenda 125z. Siap da email lagi sebelum Lagenda 115z kluar..
Then pihak HongLeong yamaha motor email Che balik bahawanya diorang akan cuba memuaskan hati pelanggan yang Lagenda masih lagi laris di pasaran bersama jentera MOPED terbaik Yamaha LC & 125z Catalyzer.. Diorang ta berani taruk 125z bagi lagenda sebb da ada 2-stroke untuk 125z Catlyzer,, So bagi nak elak kekeliruan n fair competition, diorang tambah 5cc ja untuk lagenda.. Dia tau, pelanggannya suka lampu macam LC, so dia tarukla banyak2 kat depan.. (perli)



psssttt:jgn kutuk2 na....

0 comments:

Etika dan Tatacara berkonvoi

1:02 AM Nick 2 Comments

MARSHAL
1. Zero Marshall/ Leader
2. CONTROL Marshall
3. SWEEPER 
4. TEAM LEADER Marshall
5. ASSISTANT TEAM LEADER Marshall
6. Kenderaan Peserta
7. BACK MARKER Marshall/Last man
8. MEDIK Marshall
9. MEKANIK Marshall



Zero Marshall/Leader

Leader bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. Leader juga mestilah kerapkali berkomunikasi dengan marshall2 lain untuk mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. Leader mestikan melaporkan segala situasi traffic kepada marshall2 lain untuk mengambil langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan. Leader juga mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada marshall2 lain untuk memastikan konvoi bergerak lancer. Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong Leader kecuali diberi arahan sebaliknya.

Kontrol Marshall

Kontrol adalah penolong kepada Leader. Kontrol mestilah mengagihkan semua arahan kepada Marshall2 lain. Jika Leader tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan, Kontrol mestilah mengambil alih tugas Leader. Kontrol jugak mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua Marshall untuk berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta berjaga-jaga.

Sweeper

Bilangan kenderaan sweeper bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari  Leader dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat, menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. Sweeper akan sentiasa memberikan pertolongan kepada Leader dengan memintas mana-mana kenderaan untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada Leader bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya Sweeper dibenarkan untuk berada dihadapan Leader jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah memberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi demi menjalankan tugas mereka.

Back marker Marshall/Last Man

BM adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku di belakang kepada Leader pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecahan dalam barisan konvoi.

Ahli konvoi hanya akan menerima arahan dari Leader. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi, kontrol akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari Leader.

Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada Leader, Kontrol dan Sweeper dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi.

2 comments:

HUKUM mewarnakan RAMBUT

3:08 PM Nick 0 Comments

Hukum mewarnakan rambut


Oleh: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Saya seorang remaja berusia 20-an. Saya mewarnakan rambut, kerana terikut-ikut dengan kawan. Saya merasa keliru tentang hukumnya, kerana terdapat pada pewarna itu tanda logo halal, seperti yang terdapat pada barang-barang keluaran yang dijamin bersih, tetapi sesetengah ustaz pula mengatakan haram.
Soalan saya, apa hukum mewarnakan rambut dengan warna-warna perang dan hitam. Bagaimana dengan mandi hadas bagi mereka yang memakai pewarna rambut. Apa hukum jika tujuan mewarnakan rambut itu untuk menutup uban atau supaya dikata orang usianya masih muda. Jawapan tuan sangat saya hargai. - NOR, Alor Gajah, Melaka.
Jawapan: Soalan tentang hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Sehubungan ini ada sebuah hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.
Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya.
Sebahagian ulama melarang perbuatan mewarnakan rambut secara mutlak, seolah-olah warna rambut tidak boleh diubah daripada warna asalnya, namun sejauh yang diperhatikan, dalil-dalil yang dikemukakan bagi pengharaman itu tidak lengkap, atau larangan itu hanya kepada lelaki sahaja, sedangkan wanita dikecualikan, atau larangan dikhaskan kepada wanita tua yang mewarnakan rambutnya, supaya kelihatan muda dan bergaya, lalu diminati lelaki yang tertipu dengan rambut kepala yang kononnya masih hitam.
Saya berpendapat, mewarnakan rambut hukumnya harus bagi wanita yang bersuami, jika tujuannya memperlihatkan kecantikan kepada suaminya sahaja, tetapi hendaklah tidak mempamerkannya kepada umum. Amalan ini boleh dimasukkan di bawah tuntutan penjagaan rambut, sebagaimana dalam hadis di atas.
Selain itu menjaga keharmonian antara suami dan isteri sangat besar tuntutannya. Isteri tidak sia-sia, jika rambutnya yang putih itu tiba-tiba kelihatan hitam di hadapan suaminya. Bagaimanapun, wanita lebih suka memperlihatkan kecantikan dirinya kepada orang lain, bukan kepada suaminya.
Abd. Rahman ibn al-Jawzi (114-1201 M.) berpendapat, lelaki juga harus mewarnakan rambut ubannya dengan apa jua warna, termasuk hitam. Beliau menjawab hadis-hadis yang melarang mewarna rambut itu sebagai khusus kepada mereka yang bermotif untuk memelihara nafsu mudanya, sekalipun usianya sudah cukup tua, sehingga tiada tanda-tanda ingin insaf atau semangat kembali kepada cara hidup yang mengutamakan hari akhirat.
Sehubungan ini juga ada riwayat menyatakan, kaum Yahudi dan Nasara beranggapan mewarnakan rambut itu menjejaskan nilai-nilai agama dan ibadat seseorang manusia, justeru itu, kalangan agama dan paderi-paderi Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Anggapan ini dikira suatu keterlaluan dalam agama yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Baginda Rasulullah s.a.w. melarang umat Islam mencontohi Yahudi dan Nasara, sebaliknya mereka hendaklah menunjukkan cara hidup dan budaya yang berbeza dengan budaya mereka. Dalam konteks ini baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. bersabda yang bermaksud: Kaum Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Warnakan rambut kamu supaya tidak menyerupai mereka.
Bagaimanapun, ulama sepakat berpendapat, mewarnakan rambut itu tidak wajib, ia hanya sunat sahaja. Sahabat-sahabat nabi yang arif tentang sunah seperti Ali ibn Abu Talib, Ubayy ibn Ka'b dan Anas ibn Malik tidak mewarnakan rambut mereka.
Saya lebih cenderung kepada pandangan Ibn al-Jawzi yang dinyatakan di atas, iaitu setiap orang harus mengenali dirinya sendiri. Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya sudah tiba untuk kembali bertaubat dan sentiasa ke masjid, sebenarnya orang ini masih belum sedarkan diri. Uban pada hakikatnya adalah penanda bahawa usia sudah tua, perjalanan hidupnya mungkin lebih separuh usia telah berlalu.
Soalan selanjutnya, apakah jenis-jenis warna yang dibenarkan? Adakah meliputi semua warna seperti hitam dan perang atau warna-warna tertentu sahaja. Ulama berpendapat, orang tua yang rambut kepala dan janggutnya sudah beruban putih, tidak wajar lagi memilih warna hitam, kerana warna ini hanya sesuai bagi orang muda. Jika berminat, pilihlah inai bagi mewarnakannya.
Keharusan bagi orang tua, sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan, tetakala Abu Quhafah, iaitu bapa Abu Bakar al-Siddiq dibawa kepada nabi s.a.w. pada hari pembebasan Mekah, apabila baginda melihat rambut kepala dan janggutnya beruban putih, lalu bersabda: Warnakan rambut dan janggutnya, tetapi jangan pilih warna hitam. (Muslim: bilangan 2102). Warna hitam dilarang, kerana Abu Quhafah adalah seorang tua yang tidak lagi sesuai dengan warna itu.
Hadis ini menurut sesetengah ulama bermaksud, jika orang muda ditumbuhi uban pada kepala dan janggutnya, sedangkan ia masih pada usia yang biasanya belum lagi beruban, maka harus baginya mewarnakan rambut kepala dan janggutnya dengan apa jua warna termasuk hitam, lebih-lebih lagi jika jiwanya merasa keberatan menerima kenyataan bahawa ia beruban pada usia itu.
Hukum ini samalah dengan seorang yang cacat anggota, ia sangat malu dengan kecacatannya, maka Islam mengharuskannya memperbaiki kecacatan itu, supaya hidupnya lebih tenteram, perasaannya lebih tenang, kerana Allah tidak memberati seseorang, kecuali setakat termampu olehnya.
Sehubungan ini Imam ibn Syiba al-Zuhri menyatakan: Kami berpendapat harus memilih warna hitam, jika kulit muka seseorang itu masih belum berkedut, giginya masih belum goyang, maksud beliau ialah waktu umurnya masih muda. Antara sahabat yang berpendapat harus memilih warna hitam ialah, Sa'd ibn Abu Waqqas, Uqbah ibn' Amir, al-Hasan dan al-Husain, Jarir dan lain-lain.
Sebahagian ulama termasuk Imam Syafi'i berpendapat haram menghitamkan rambut uban, kecuali bagi tentera ketika perang. Tujuannya supaya musuh berasa takut dan keliru dengan usianya yang masih muda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Zarr al-Ghifari r.a. katanya: Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: Sebaik-baik pewarna bagi warnakan uban kamu ialah inai dan katam. Katam ialah pewarna yang diambil daripada sejenis pokok (Tirmizi: 1753. Abu Dawud: 4205). Hadis ini difahamkan warna inai hendaklah menjadi pilihan mereka yang ingin mewarnakan rambutnya.
Melihat kenyataan yang ada dalam masyarakat Islam hari ini, kalangan muda mudi Islam ada yang mewarnakan rambut mereka dengan warna perang, kerana meniru atau terpengaruh dengan orang Barat yang perang warna rambutnya. Sebahagiannya pula mewarna-warnikan rambut, kerana mengamalkan budaya punk kononnya. Fenomena ini tidak wujud pada zaman awal Islam, terutama ketika orang Barat belum dianggap sebagai bangsa yang maju di dunia.
Hukum Islam jelas dalam hal ini, iaitu melarang umatnya meniru dan menyerupai budaya dan cara hidup orang kafir. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kumpulan mereka. Tidak syak lagi, meniru budaya asing secara membuta tuli, tanpa memikirkan faedahnya, adalah suatu amalan yang salah dan membuktikan pendewaannya kepada bangsa yang dicontohinya.
Berbalik kepada soalan tentang bahan pewarna yang bertanda logo halal yang biasanya menunjukkan bahan itu bersih dan halal diguna. Saya kurang pasti sama ada pewarna itu untuk mewarna makanan dan minuman atau untuk mewarna rambut. Sepanjang pengetahuan saya, logo halal biasanya diletak pada makanan dan minuman sahaja. Barang-barang lain seperti pakaian dan alat-alat solek tidak diletakkan tanda itu.
Kita di sini berbincang soal halal haram bukan pada makanan, kerana makanan bergantung kepada sama ada suci atau najis sesuatu bahan yang hendak dimakan, sedangkan hukum mewarna rambut tidak kena-mengena dengan sama ada suci atau najis bahan itu, tetapi pada dalil, tujuan dan motif pewarnaan itu dilakukan.
Untuk pengetahuan puan yang bertanya juga, hukum mewarna rambut ini tiada kena-mengena dengan hukum mandi hadas dan wuduk kerana hukum mandi hadas dan wuduk ialah wajib meratakan air pada anggota badan yang wajib dibasuh. Jika bahan yang diguna bagi mewarnakan rambut itu menghalang sampainya air kepada anggota yang dibasuh maka hendaklah dibuang terlebih dahulu bahan itu, terutama sebelum wuduk dan mandi hadas.
Ini bermakna bukan semua pewarna menghalang sampai air, puan dengan mudah sahaja dapat membezakan antara pewarna yang menghalang dan tidak menghalang sampai air. Bahan-bahan seperti kunyit tidak menghalang, tetapi bahan seperti cat dan cecair getah tentunya melekat dan menghalang. Seseorang yang ingin mandi hadas atau berwuduk, hendaklah mempastikan diri atau anggota wuduknya bersih daripada bahan-bahan seperti cat dan getah terlebih dahulu.

Pembaca yang ada kemusykilan
alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin,
Lot 3673, Jalan Aman,
Kampung Sungai Merab Luar,
43000 Bangi, Selangor.
 

0 comments:

C I N T A

11:05 AM Nick 0 Comments



apa yang aku faham tentang C I N T A
c i n t a memang satu istilah teragung buat kita.cinta yang tak memilih sesiapa
c i n t a itu adalah buta mahupun cinta itu membutakan kita
c i n t a membimbing kita.cinta juga menghancurkan kita
c i n t a adalah kebahagiaan.cinta hak semua insan.cinta dihiasi senyuman dan tangisan
c i n t a adalah segala.tidak memilih harta.cumalah jiwa

tapi bila kita memilih c i n t a.ia tidak memberikan pilihan bagaimanakah rupa C I N T A pilihan

c i n t a dikaitkan dengan hati dan perasaan
mencintai adalah lebih pahit daripada dicinta.tapi bila aku yang menghadapi CINTA
C I N T A sesuatu yang menyedihkan.bila sesuatu yang DIPERJUANGKAN tak dihargai
dan memilih untuk MENCINTAI.hakikatnya aku tahu SAKIT bila DILUKAI

bila ditanya apakah yang anda mahu tentang cinta
cumalah D I A, apa yang D I A ada itulah saya terima
K E S E T I A A N yang merupakan tiang kebahagian
K E S A B A R A N yang memadam P E R G O L A K K A N
S E N Y U M A N yang meredakan perasaan
K E I K H L A S A N yang memanjangkan P E R H U B U N G A N

aku adalah LELAKI.insan yang mahu DI C I N T A I
bila ber c i n t a KITA AKAN BERJANJI
bahawa kita akan SEHIDUP & SEMATI
walaupun mustahil untuk ditepati

bila KITA sudah mendapat cinta yang diingini
usahla mencari C I N T A yang lebih indah lagi
akibatnya akan menyesalkan kita saban HARI

kamu sudah dimiliki.saya mahu dimiliki
tapi DIA takkan menerima apa yang sedang TERJADI
aku akan sedaya M E N D A P A T K A N kau K E M B A L I
T E R N Y A T A C I N T A K U yang kau T A K H A R G A I

"SETIAP NAFAS YANG DIHEMBUS
SETIAP DEGUPAN JANTUNG
AKU SELALU MEMIKIRKAN MU
DALAM SEDAR DUBUAI ANGAN
DALAM TIDUR DAN KHAYALAN
AKU SLALU MEMIKIRKAN MU
TERNYATA AKU PERLUKAN CINTA
DARI DIRIMU SAYANG BARULAH TERASA KU BERNYAWA
KASIHKU KU AMAT MENCINTAI KAMU
KERNA KAU BERI ERTI HIDUP
KU KAN TERUS MENCINTA
SEDETIK LEBIH
SELEPAS SELAMANYA

DIKALA PENUH KETAKUTAN
DENGAN BADAI KEHIDUPAN
KU BERSYUKURADANYA KAMU DI SISIKU
BIARLAH KEHILANGAN  SEMUA YANG DIMILIKI DI DUNIA
ASAL MASIH ADANYA KAMU
TERNYATAYA KU PERLUKAN CINTA
DARI DIRIMU SAYANG BARULAH TERASA KU BERNYAWA"

kau MEMUTUSKAN untuk KORBANKAN C I N T A .bukan DIA tetapi aku yang kau anggap sebagai beban
apa yang dihajati aku selama ini cumalah mainan cinta yang menyakitkan H A T I
CINTA MEMANG MEMENATKAN
CINTA ADALAH JERAT
CINTA tanpa pendorong membuatkan SESAT

cinta membuatkan gila.GILA memikirkan seorang insan yang sanggup mengabaikan perasaan seorang yang amat menghargainya.
N A M U N kegagalan cinta kita perlu belajar menerimanya.Ingatlah apa yang terjadi, tidak mustahil akan terjadi kembali.
C I N T A perlulah ikhlas dari H A T I.barulah K E K A L hingga ke mati.

kau tinggalkan aku tanpa apa-apa mahupun sedikit P E R A S A A N simpati.kau begitu zalim menganiaya C I N T A

L O V E is C Y C L E

H A L A L K A N C I N T A
C U M A C I N T A P A D A A L L A H Y A N G K E K A L S E L A M A - L A M A N Y A...

0 comments:

New talent : Puteri Erma

12:12 PM Nick 0 Comments

Vanue : Dewan Sri Penang, Esplanade.
Time   : 13 May 2011
Talent : Puteri Erma
Photographer : Nick Narcissus

 


 



 
 


t CHE upload lagi pix bebanyak... ^^,

0 comments:

Persandingan Qasseh Sufira

1:49 PM Nick 0 Comments

Be4 that, thanks to Iera cuz jemput Che g Majlis Perkahwinan Iera si Dewan Sri Pinang, Esplanade yang tak dinafikan meletup jugakla... hehehe..











Ta banyak sangat gambar yang upload cuz tak banyak sangat masa nak upload.. Edit pon ta sempat.. So masukkan gambar yang lebih kurang ja...

SELAMAT PENGANTIN BARU
kepada
SUFIRA & INSP. YUSOFF

0 comments:

Nandos Annual Dinner at Berjaya Times Square

9:28 PM Nick 0 Comments

Ni citer malam punya..  Annual Dinner kat KL, Berjaya Times Square. Pi nek bas, kawan-kawan oi... Even aku lambat, ttp ada lagi yang lambat.. Dok nunggu depan Queensbay sampai kul 8 lebeyh, baru la bleh gerak.. Da la bas KEMUT..

Memandangkan semua pon da merungut lapaq, so kami stop sat kat R&R Gunung Semanggol. Sedap gak makan makanan FREE.. Agakla FREE nyer.. 
Selepas meqengkok atas krusi bas dalam 5-6 jam. Sampai gak kami kat DESTINASI kami.. Ahaks!!

Gayat gak r bilik hotel yang kami duduk aka LETAK barang sementara tunggu event. Tingkat 41 kot. Bengang gak r rasa telinga ni..

Pergh!! Cayala CREW LEADER kami, macam da jadi MAFIA dah... Rancak!
  

Atas pentas ni la aku kena TARIK join sukaneka apa ntah.. Secara berpasangan.. Meant ngan awekla.. Hakikatnya takla.. Just mewakili PENANG.. Buta ja aku kena..
Laki disuruh TIUP belon pastu ikat dan LETAKKAN atas pangkuan RIBA..
Pompuan plak disuruh duduk atas pangkuang riba lelaki sampai pecah.. Nasib baikla 3 belon ja yang diorang kasi..





Abes dalam tengah malam gak r..
Aku yang tak tau nari pon JOIN gak r DANCEFLOOR.. Hehehehe..
Pas masuk bas, truih ja kami tidoq.. Berdengkoqqq!! zzzzz

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (34) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (7) trip (6) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (11) wishes (2)