Pengurusan Tanggapan, Kom Korporat

6:03 PM Nick 0 Comments

Hari ini kita akan belajar pulak bagi Subjek KOMUNIKASI KORPORAT.
Subtopik daripada IDENTITI, IMEJ & REPUTASI

Sebelum itu kita baca dulu situasi yang berlaku terhadap satu badan korporat dan kita akan kaitkan dengan huraian di bawah.


updating...Petronas (Petroleum Nasional Berhad) merupakan sebuah syarikat carigali minyak dan gas hakmilik Malaysia sepenuhnya.... Presiden Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Hassan Merican, selepas pengumuman keuntungan bersih yang rekodnya meningkat kepada RM 43.59 bilion (AS $ 12.1 bilion, Euro9.6 bilion), berbanding dengan RM 35.6 bilion tahun sebelumnya...Kami tidak menyimpan keuntungan. Kerajaan adalah pemegang saham terbesar. Rakyat sendiri yang 'memiliki' Petronas, jadi kami memberikan hak mereka  kembali melalui Kerajaan. Keuntungan digunakan untuk perniagaan eksplorasi dan pengeluaran untuk simpanan yang mampan untuk sekurang-kurangnya 20 tahun lagi ..


PENGURUSAN TANGGAPAN
• Polisi syarikat di dalam mempersembahkan diri kepada kumpulan sasaran menggunakan satu cara bagi menimbulkan gambaran yang baik atau mengelakkan yang tidak baik
• Pengurusan tanggapan terbahagi kepada 4:

1. Tanggapan assertive
– Polisi proaktif yang difokuskan kepada penciptaan imej baik untuk kumpulan sasaran
– Dikaitkan dengan acara-acara positif organisasi


2. Pengurusan tanggapan defensive
– Polisi reaktif yang ditujukan bagi menjaga imej organisasi
– Tindakan terhadap tuduhan (dijangka), cubaan untuk menyifatkan acara negatif kepada penyebab yang berlaku di luar organisasi


3. Pengurusan tanggapan tactical
– Beroperasi dalam jangka masa yang pendek dan situasi spesifik


4. Pengurusan tanggapan strategic
– Beroperasi dalam jangka masa yang panjang dan tidak terikat kepada masa-masa tertentu atau situasi



Mari kita lihat tahap CSR Peronas berbanding Syarikat carigali lain dalam senarai 'World’s Most Sustainable and Ethical Oil Companies 2006'
Opss!! Last woh! NVM!
Okay, to give them credit, di sini ada beberapa senarai 'social responsibilites' yang datang dari mulut CEO sendiri, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia:

1. Pembinaan dan pengurusan Universiti Teknologi Petronas (UTP)- termasuk biasiswa dan 'yuran tuisyen yang murah'

2. Institut Latihan termasuk Akademi Laut Malaysia (Alam) di Melaka dan Institut Teknologi Petronas di Batu Rakit, Terengganu.

3. Program latihan High-level 6G welding bersama Institut Kemahiran Mara (IKM) semenjak 1992 - kepada yang gagal dalam SPM, dilatih dengan kemahiran tinggi untuk memudahkan mereka memasuki alam pekerjaan (laku).

4. Menaja lebih 600 para pelajar medik termasuk biasiswa bagi yang layak.

5. Menghantar konsultan mereka ke luar negara untuk merancang usahasama dengan pelabur luar sementara mereka dalam "summer break".

6. Menderma kepada program penyelidikan cancer research yang dilakukan oleh kajian saintis tempatan di Subang Jaya.

7. Menaja kempen kesedaran anti-dadah Pemadam's.
8. Menderma kepada Yayasan AIDS, sukan-sukan Malaysia danPersatuan Bola Keranjang Malaysia.

9.Membina masjid-masjid , yang berdekatan dengan KLCC (Kuala Lumpur City Centre). Juga di Kertih, Terengganu; Kidurong di Sarawak dan Tangga Batu, Melaka. Yang terbaru pula di Tronoh, Perak yang mana telah dilancarkan pada 14 Julai 2006.

Sebenarnya terdapat banyak lagi maklumat yang lebih terperinci dalam laporan tahunan mereka. Dimana anda boleh muatturun fail PDF di sini.
2 dimensi pengurusan tanggapan digabungkan dan membentuk 4 kemungkinan:

0 comments:

Nandos Open House

11:35 AM Nick 0 Comments

Perghhhhh! Rezki.. Xdatang memang rugi.. Banyak jugak makanan.

Jap-jap! napa plu ada gambar atas ni...?? Test kamera ja.. Kamera ni bukan da memang okie ker, watpa nak test? Nk test sat, depa ni ada bakat ka dak... ^^,
Dalam proses nk closing neh! ^^,
Nampak kan antara hidangan yang ada kat situ? Nasi impit, ketupat, lemang, rendang, serunding, satay dll. Perut Nik kecik sgt nak melantak semua tu.. -.-"
Lai lai lai.. Jemput makan semua! Sajian yang ada kat situ laksa jelatah, kuah dalca, kari dll. Rugi ah tak makan Roti Jala semalam. Dahh boncit sgt dah..
Atas ni pulak PERAGAWATI bagi produk satay kami yang lazat tak terkata ni..
Yang ni? Umphhh!
Teruskan makan dan posing yer..Gossips skali
Makan-makan!
Barisan member Nik dari Sunway Carnival.
Ni dia Patrao Sunway Carnival, Ms Hajar... ^^,

(tak banyak gambar pon, time untuk makan3)
kbai..

0 comments:

Konvokesyen ICT Part II

2:29 AM Nick 0 Comments

3 gambar ja yang dapat edit..


 
 
 
 






gambar jenis lanskap tunggu esok na.. satgi berat pulak blog

0 comments:

Konvokesyen ICT 2011

11:19 PM Nick 0 Comments

21 September 2011 merupakan satu tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh pelajar lepasan Diploma, Ijazah dan Sijil yang baru menghabiskan pelajaran mereka pada tahun ini. Siapa yang tak gembira menantikan detik yang penting dalam hidup kita ni. Upacara Konvokesyen ini diraikan di Eastin Hotel, Bayan Lepas yang terletak berhampiran Queensbay Mall. Konvokesyen ini menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kep.) Pengurusan USM (42), Diploma Pengurusan USM (123), Diploma Komunikasi USM (24) dan Sijil Pengurusan Perniagaan (2).
  
 Gambar lecturer aku n penasihat akademik aku ni kena taruk besar skit. Nak markah lebeh. -.-"
 
Upacara Konvokesyen ini dirasmikan oleh Y Bhg. Dato' Zainal Bin Hj. Osman yang juga merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. dan turut dihadiri kenamaan lain.
Penganugerahan lain yang diberikan ialah Anugerah Pingat Emas, Azmil bin Zulkifli dan Anugerah Presiden 2011, Zurfatin Assheila bt Zulkiple yang kedua-keduanya daripada Diploma Pengurusan USM. Anugerah Presiden juga dikenali sebagai Anugerah Dekan jika di Universiti lain.

YB Dato' juga ada menyatakan bahawa permohonan UMNO wilayah kepada Perdana Menteri untuk mengambil alih kolej ICT telah dipersetujui Perdana Menteri. Pihak Kementerian masih dalam perundingan yang terakhir untuk pengambil alihan kolej ini. Manfaatnya, prasarana ICT akan dinaik taraf, jumlah bidang pengajian yang akan ditambah, suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Yang paling penting sekali, PELAJAR akan dapat merasakan suasana belajar yang lebih selesa.

Penerima Anugerah Pingat Emas ada menyebut, "Dimanapun kita belajar mahupun di pelusuk Balik Pulau, kita tetap boleh berjaya jika ingat akan matlamat kita untuk belajar".

"Selepas ini kita akan menempuh dunia yang baru iaitu untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara pula".
 Bergambar bersama para pensyarah yang meletup..

Pesan YBhg Dato' terakhir menyatakan bahawa cukup 21 tahun, jangan lupa untuk mengundi. Tentukan masa depan kita.

Sorryla, Berukband dah berat dan ni jer gambar yang dapat upload wat masa ni. Sesetengah gambar mungkin ada yang tak edit, tak da masa la..

Nak copy, amik DIRECTLY. Tak boleh e-mail atau taruk dalam FB..

BTW tahnniah kat kawan-kawan aku!! JANGAN LUPAKAN AKU!

0 comments:

Labels

2D (1) 3D (1) advertising (1) Automotive (2) bahaya (1) berita (4) Blackberry (1) bridal (1) buletin (3) contest (1) credit (1) dinner (2) eez (2) events (20) fakta (1) fesyen (2) forward (1) fotografi (61) funny (4) HDR (1) healthcare (6) hiburan (1) hukum (1) info (71) info sihat (6) islamik (3) jalan jalan (25) joke (7) joke ilmiah (2) journalism (1) Kajian (2) kaki gym (2) karaoke (4) KBU (1) keypoh (3) khasiat (2) kid song (1) Komunikasi Korporat (2) konvokesyen (2) Lawak (3) learn (9) Lirik (18) lyrics (10) makan (4) male talent (31) maskulin (5) modeling (2) modeling events (10) moto (4) music cover (1) my story (1) MyVi TT (3) Naruto Manga (6) news (2) oscar (1) party (1) Pendidikan (2) penjagaan diri (7) penjagaan lelaki (6) Perodua (1) personal (1) phone (1) Photographer (1) photoshoot (34) politik (3) press (2) rahsia lelaki (2) rahsia wanita (1) religious (1) research (2) resipi (1) santai (4) seks (1) selebriti (1) sinopsis filem (2) SKMM (4) story (34) suka-suka (15) talent (21) technology (2) TIPS (20) travelog (7) trip (6) troubleshooting (1) tutorial (2) wafi (1) wedding (11) wishes (2)